Monday, 18 December 2017

KOMIK



KOMIK
  • Komik adalah sejenis seni visual yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita.
  • Komik juga merupakan satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup.
  • Sejarah komik moden bermula di Barat. Pada mulanya komik hanya disiarkan di akhbar-akbar harian dengan gaya lukisan kartun dimana ia mengandungi unsur-unsur humor dan juga kritikan. Perkataan komik yang berasal daripada perkataan 'comic' dalam bahasa Inggeris itu sendiri bermaksud 'bersifat lucu'.
  • Namun kemudian komik-komik berunsur aksi mula diterbitkan. Antara komik-komik aksi yang terawal adalah SupermanBatman dan Captain America. Kewujudan komik telah berkembang ke Asia pada Perang Dunia ke-2. Jepun yang turut terpengaruh dengan budaya ini telah berjaya mencipta manga yang merupakan identiti gaya lukisan Jepun.



Will Eisner 1985 yang juga digelar bapa komik dimana beliau telah memperkenalkan novel grafik menerusi karya “A Contract with God” yang diterbitkan pada tahun 1978.


Scott McCloud (1994) didalam bukunya yang bertajuk Understanding Comics menjelaskan “ Komik merupakan gambar atau imej yang disusun secara turutan dan diletakkan berdampingan”.

Ciri-ciri komik
  • gambar lebih banyak daripada text
  • mampu membuatkan pembaca beremosi hanya dengan melihat dengan gambar di dalam komik tersebut.
  • bahasa yang digunakan biasanya adalah bahasa bahasa yang digunakan setiap hari atau tidak formal ataupun lebih dikenali dengan bahasa pasar yang mana ia muda difahami oleh pembaca.
  • selalunya mempunya hero atau heroin.
  • gambaran watak-watak adalah digambarkan dengan sederhana.

Jenis-jenis Komik


1. Komik Pendidikan
  • mempunyai 2 fungsi iaitu untuk tujuan hiburan ataupun untuk tujuan pendidikan. 

2. Komik Iklan
  • komik juga mampu memberikan imaginasi yang sesuai kepada dunia kanak-kanak. sehingga muncullah komik yang digunakan untuk keperluan mempromosikan sesuatu produk dan sebagainya. biasanya, komik iklan ini menggunakan satu hero.

3. komik wayang
  • komik wayang bermaksud komik yang menceritakan tentang wayang. contohnya komik Mahabrata di Indonesia yang menceritakan perjalanan wayang tersebut. 

4. Komik silat
  • komik ini sangat terkenal kerana tema-tema silat ini selalunya dipenuhi dengan adegan yang berlawan yang menjadi idola banyak pembaca. contoh komik jepun yang memaparkan ninja dan samurainya, ataupun komik china dengan kungfunya. salah satu contoh ialah komik naruto yang terkenal dalam kalangan remaja pada masa kini.

5. Komik kartun
  • menampilkan satu isi sahaja.
  • komik ini mengandungi beberapa gambar tokoh yang digabungkan dengan tulisan(text).
  • tujuan komik ini adalah untuk tujuan kritikan, sindiran ataupun isu semasa.
  • daripada gambar dan tulisan dalam komik ini, mampu memberikan maksud yang jelas sehingga pembaca dapat memahami maksud dan tujuan komik ini dengan mudah.6. 


6. Komik potongan
  • komik ini adalah gabungan gambar-gambar yang digabungkan menjadi satu bahagian / sebuah cerita pendek (cerpen). isi di dalam komik ini tidaklah selesai begitu sahaja tetapi boleh dibuat dengan ada sambungannya lagi. 
  • komik ini biasanya tediri daripada 3-6 panel ataupun lebih. 
  • biasanya ditampilkan secara harian atau mingguna di dalam surat khabar, majalah ataupun buletin. 
  • cerita komik ini boleh berbentuk iasu semasa ataupun berbentuk cerita-cerita yang dibaca oleh pembaca berdasarkan pada setiap episod sehingga tamat.

7. Komik tahunan
  • komik ini biasanya diterbitkan setiap satu bulan sekali ataupun setahun sekali. 
  • penerbitnya biasanya akan menerbitkan buku-buku komik yang bersambungan ataupun tidak.

8. komik online
  • selain komik media cetak, terdapat juga komik media online. dengan adanya media internet, jangkauan pembaca menjadi lebih luas berbanding dengan media cetak. selain itu, komik media online ini juga lebih menguntungkan daripada komik media cetak kerana kos yang lebih murah dan mudah tersebar dan dibaca oleh sesiapa sahaja.

9. Buku komik
  • komik ini merupakan suatu cerita yang memaparkan gambar-gambar, tulisan ataupun cerita di dalam sebuah buku. buku komik ini sering dijumpai dan sering dibaca.
  • selalunya disebut sebagai komik cerita pendek yang mana ia hanya mempunyai 32, 48 ataupun 64 halaman.
  • biasanya memaparkan cerita lawak, cinta ataupun superhero.

TUGASAN KOMIK (PATNER)
Patner : Ficia Jesica Bt Julimin & Che Ku Nursyafiqah
Tajuk : Running Man (Friendship) 
kenapa memilih Running Man?

kami memilih Running Man untuk dijadikan komik dalam tugasan komik yang diberikan kerana kami merupakan peminat setia Running Man. Selain itu, komik Running Man ini belum banyak yang diterbitkan menjadi e-book atau pun book. Kami menghasilkan Komik ini berdasarkan video Running Man episod 267 dan mengambil part yang tertentu sahaja. seterusnya ialah, kami mengagumi persahabatan yang terjalin antara ahli-ahli Running Man iaitu Kim Jong Kok, Jae Suk, Kwang Soo, Gary, HaHa dan Ji Hyo. Walaupun mereka selalu bertengkar dan tidak sefahaman tetapi mereka tetap menyayangi dan menjaga antara satu dengan yang lain. 


storyboard
1.

 2.

 3.

 4.

 5.

 6.

 7.
 8.


 9.

 10.


11.

 12.





DIGITAL COMIC
software : Adobe illustrator & Adobe Photoshop


Front Page
(jess)

 scene 1 (jess)

scene 2 (jess)

scene 3 (jess)

scene 4 (jess)

scene 5 (jess)

scene 6 (che ku)


scene 7 (che ku)

scene 8 (che ku)

scene 9 (che ku)


scene 10 (jess)


Back Page (che ku)


Semoga bermanfaat dan Terima Kasih.





Thursday, 7 December 2017

FOTOGRAFI


Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau chip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa melayu.
Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:
  1. Pengumpul cahaya = Kamera
  2. Perakam cahaya = Filem atau sensor


Teknik Asas Fotografi

Fotografi mempunyai banyak teknik yang dapat kita pelajari. Setiap teknik akan menghasilkan hasil yang berbeza sesuai dengan kegunaannya. Teknik asas fotografi berdasarkan kepada jenisnya ialah;

https://ppbhsfinearts.weebly.com/shutter-speed-water-balloons.html
1. High Speed Photography
Teknik fotografi ini menggunakan kecepatan sebagai unsur utamanya. gambar yang dihasilkan merupakan pengambilan gambar yang digambar pada waktu yang sangat amat singkat. Waktu pengambilan gambar menjadi kunci utama dalam gambar ini. Contoh dari gambar-gambar high speed adalah semasa belon air pecah, titisan air memantul ketika jatuh ke atas permukaan air, kaca pecah, air terbang di udara, dan sebagainya. Kecepatan gambar ini sangat cepat sehingga memerlukan alat bantuan seperti pelatuk suara pada kamera. Semasa adanya suara datang maka kamera dengan sendiri akan mengambil gambar.


https://speckyboy.com/tilt-shift-photography/

2. Tilt-Shift Photography
Teknik asas fotografi ini memerlukan gerakan khusus dan kamera yang berukuran biasa, selain itu ia juga memerlukan lense yang khusus. Pada Dasarnya tilt-shift adalah pergerakan dan putaran lense kamera terhadap gambar. Tilt akan memberikan gambar tajam, shift akan menghasilkan gambar blur dengan halus. Teknik tilt-shift pada umumnya digunakan semasa mengambil gambar model dengan background yang ingin dibuat kelihatan jauh dengan blur.



https://www.pexels.com/search/black-and-white/
3. Black and White Photography
Teknik dasar fotografi black and white mempunyai hasil gambar yang berwarna hitam dan putih. Mengambil gambar hitam putih dapat dilakukan dengan mudah untuk mengubah setting kamera anda menjadi monokrom, satu warna, iaitu hitam atau putih. seperti mudah, tetapi ada beberapa perkara yang patut diperhatikan dalam mengambil gambar hitam putih. Unsur yang perlu diperhatikan adalah pencahayaan dan komposisi gambar. Pencahayaan menjadi faktor utama kerana hitam putih sangat memanfaatkan cahaya untuk menangkap bayangan dari benda. Komposisi dalam gambar juga faktor utama karena keselarasan dari warna hitam dan putih adalah penyebab mengapa gambar monkrom menjadi baik.
https://digital-photography-school.com/how-to-capture-motion-blur-in-photography/
4. Motion Blur Photography
Mempunyai ciri yang sama dengan teknik dasar fotografi High Speed, Motion Blur menggunakan kepantasan dari suatu benda yang bergerak. Perbezaannya adalah pengambilan teknik motion blur lebih mudah dari high speed. peralatan yang diperlukan untuk mendapatkan teknik gambar high speed menyebabkan gambar high speed menjadi susah diperolehl. Sedangkan cara untuk mengambil gambar motion blur dapat diambil dengan kamera biasa yang diberikan slow shutter speed. Penggunaan software photoshop dapat membantu mendapatkan hasil motion blur dengan lebih baik.

https://photographylife.com/introduction-to-infrared-photography
5. Infrared Photography
Teknik asas fotografi ini pada dasarnya adalah mengambil gambar dengan menggunakan cahaya infrared, tapi pengambilan cahaya infrared tersebut tidak semuanya infrared. Penggunaan tersebut dapat diset pada setting kamera masing-masing. Alat yang diperlukan untuk membuat fotografi infrared adalah: Kamera digital dengan sentivitas yang baik terhadap infrared, Filter kamera yang jelas (contohnya adalah wrattten 89B filter) dan Image processing software.
http://www.techradar.com/how-to/photography-video-capture/cameras/night-photography-tips-9-essential-steps-for-beginners-1320947
6. Night Photography

Mengambil gambar pada waktu malam juga mempunyai tekniknya yang tersendiri. Tekniknya adalah dengan mengutamakan pencahayaan dan timing semasa mengambil gambar. biasanya cahaya dapat dibuat sendiri dengan menggunakan lampu kerana tidak ada matahari pada waktu malam. Hasil dari teknik asas fotografi pada waktu malam akan ditentukan dengan aparture yang disesuaikan dengan timing gambar.
http://mycreativedaddy.com/how-to-conduct-smoke-art-photography/
7. Smoke Art Photography
Berikut merupakan teknik asas fotografi untuk mengambil gambar yang smoky. Fotografi ini mengambil gambar smoke karena smoke mempunyai lekukan yang bervariasi sesuai dengan udara yang ada di ruangan. Cara pengambilan gambar smoky ini dapat digunakan dengan menggunakan kemenyan/dupa, kerana nilainya yang murah, fleksibel, dan tahan lama. Warna asap dalam gambar dapat diubah dengan menggunakan software sehingga gambar menjadi lebih bervariasi.


https://digital-photography-school.com/everything-you-need-to-know-about-macro-photography/
8. Macro Photography

Makro pada dasarnya adalah teknik asas fotografi yang dilakukan secara dekat kepada benda yang lebih kecil. Makro memerlukan lense makro dan kamera yang dapat mengambil gambar makro.Ia sebenarnya dapat diambil dengan lense yang normal tetapi tidak sebaik makro. Antara lense makro yang digunakan adalah lense makro, lense makro zoom, lense close-up.
https://www.digitaltrends.com/home-theater/what-is-hdr-tv/
9. HDR
High Dynamic Range atau HDR adalah salah satu teknik asas dalam fotografi. HDR membantu gambar untuk mendapatkan pencahayaan dengan lebih baik sehingga hasil gambar menjadi lebih hidup. Teknik HDR memerlukan software untuk mengatur kembali gambar agar hasilnya lebih baik. Cara mengambil gambar HDR dapat dilakukan dengan menggunakan gambar RAW auto exposure dan gambar yang dilakukan berulang, contohnya melngambil 5 gambar dengan eksposur dari -2 sampai +2.


https://www.youtube.com/watch?v=MbtlSfzGcg4
10. RAW processing

Secara ringkasnya RAW adalah gambar yang diambil tanpa melakukan kompres kepada gambar. Kompres dapat membuat gambar kekurangan kualiti dan tidak boleh mendapatkan hasil maksima. Foto RAW seperti sebuah variable dalam fotografi, perlu diolah lagi sesuai dengan keperluannya dengan software fotografi.
http://highendbeautyretouching.com/blog/fashion/panorama-photography-tips.html
11. Panoramic Photography
Teknik asas dalam fotografi panorama adalah teknik untuk mendapatkan gambar dalam lingkungan kawasan yang luas. Foto panorama ini dapat diambil dengan menggabungkan beberapa foto secara horizontal menjadi satu foto. Mengambil foto ini dapat menggunakan kamera atau menggunkan smartphone. Khusus penggunaan kamera disarankan menggunakan tripod karena membuat gambar menjadi stabil dan tidak goyang.


https://www.adorama.com/alc/10-must-have-gadgets-for-architecture-photography
12. Architecture Photography
Gambar architecture akan menonjolkan bahagian artistik dan keindahan yang terdapat pada sesuatu bangunan. Bangunan tersebut adalah rumah, kedai, kilang dan lain-lain lagi. Pengambilan gambar bangunan ini sangat dipengaruhi dengan pattern, texture, dan warna.
https://photographylife.com/low-light-digital-photography-tips

13. Low Light Photography
Penggunaan cahaya dalam fotografi menjadi dasar utama dalam setiap teknik asas fotografi. Gambar dengan intensi cahaya kurang pun memunyai tekniknya yang tersendiri untuk menghasilkan gambar yang baik. Teknik ini sebenarnya sama dengan gambar pada waktu malam tetapi perbezaannya adalah low light  yang tidak semestinya pada waktu malam.
https://digital-photography-school.com/the-secret-to-finding-the-hero-angle-in-food-photography/
14. Food Photography
Teknik asas fotografi ini sering dilakukan untuk membuat katalog, menu, poster, dan lain-lain lagi yang berhubungan dengan promosi makanan. Fotografi makanan pada umumnya mengutamakan pencahayaan dan komposisi dari makanan tersebut. Pencahayaan digunakan untuk menentukan sisi makanan yang ingin ditonjolkan. Dalam memperlihatkan texture kasar yang dilihat oleh mata maka memerlukan pencahyaan yang kuat. Sedangkan texture yang lembut dan kecil memerlukan cahaya yang lembut. Komposisi yang dimaksudkan disini adalah penggabungan makanan atau perletakan makanan tersebut sehingga makanan tersebut kelihatan menarik.


http://www.michaelkormos.com/_bigones
15. Child Photography
Anak-anak pada umumnya cukup susah untuk diambil gambar kerana mereka sering bergerak secara tiba-tiba. Pengambilan gambar anak dapat dilakukan dengan kamera yang mempunyai gambar yang tajam dan mempunyai sedikit noise. Pengaturan ISO dapat dilakukan dengan auto dan dibuat 1600 untuk full frame dan 800 untuk non-full frame. Pengambilan gambar terbaik adalah pada saat anak-anak telah makan dan mereka baru bangun pada waktu pagi.
http://littlestories.in/work/little-stories-kids-baby-photography-delhi-noida-gurgaon-work-48/
16. Baby Photography
Mengambil gambar bayi lebih sukar kerana bayi belum mengerti apa yang dikatakan oleh manusia. Pengambilan gambar bayi dapat dilakukan dengan menarik perhatian si bayi lalu dan mengambil gambar bayi tersebut dengan pantas. gambar yang dapat diambil diantaranya ialah makro, close-up, black and white, dan banyak lagi variasi yang lain. Perkara yang harus diperhatikan adalah tidak menggunakan flash secara langsung terhadap bayi. Mata bayi belum mampu untuk menerima cahaya yang sangat terang seperti flash, tetapi jika ingin menggunakan flash maka, cahaya flash harus dipantulkan terlebih dahulu.
https://www.photoworkout.com/high-key-photography/
17. High-Key Photography
Fotografi high-key adalah gambar yang sering digunakan pada wanita dan anak-anak. Penggunaan teknik pada wanita dan anak-anak adalah disebabkan untuk menampakkan kecantikan pada kulit mereka yang halus. Gambar ini memberikan intensi cahaya yang kuat dan pengaturan cahaya sangat penting pada teknik asas fotografi ini. Tujuan high-key adalah untuk menampakan keindahan dari objek yang diambil dan menghilangkan bayangan seboleh yang mungkin.
https://digital-photography-school.com/14-tips-for-great-candlelight-photography/
18. Candlelight Photography
Lilin juga boleh dijadikan subjek dalam fotografi. Menampilkan gambar yang baik dari lilin mempunyai ISO 1600 dan lebih, serta menggunakan aperture yang besar untuk menangkap gerakan api. Flash dapat dimatikan dan lebih baik menggunakan eksposure secara manual. Lilin yang digunakan lebih baik dalam jumlah banyak sehingga menjadi lebih artistik dan membuat bayangan yang lebih halus.


https://digital-photography-school.com/long-exposure-photography/
19. Long Exposure Photography
Teknik fotografi long eksposure sering digunakan pada lingkungan alam. Contohnya adalah air terjun, ombak, pohon dan lain – lain. Cara mengambil gambarnya adalah pengaturan eksposur, seperti namanya, eksposur dibuat menjadi interval cukup panjang. Fotografi ini menggunakan ND Filter untuk membantu mendapatkan hasil maksimal.
https://www.pinterest.com/explore/minimalist-photography/
20. Minimalist Photography
Fotografi minimalis seperti namanya “minimal” menggunakan sedikit objek pada gambar yang diambil. Pengambilan gambar minimalis sangat bergantung pada komposisi dari gambar tersebut. Pada umumnya gambar ini mempunyai warna yang sangat cerah atau warna hitam dan putih. Teknik asas fotografi minimalis harus memberikan cerita atau suatu makna walaupun gambar tersebut hanya mempunyai satu objek didalamnya.
https://www.outdoorphotographer.com/tips-techniques/wildlife-techniques/
21. Wildlife Photography
Teknik yang seterusnya adalah mengambil gambar pada haiwan yang berada di alam lepas. Teknik ini cukup sukar untuk dipelajari kerana terdapat banyak jenis haiwan dan setiap haiwan mempunyai cirinya yang tersendiri. Mengambil fotografi haiwan liar sangat sukar kerana hasil yang lebih baik dapat diambil setelah mempelajari dengan baik tentang haiwan tersebut. perkara yang dipelajari adalah gerak-geri, keunikan dan lain-lain lagi. Pengambilan gambar haiwan liar juga harus dilakukan dengan berhati-hati kerana haiwan mempunyai insting yang tajam.
https://www.davemorrowphotography.com/p/tutorial-shooting-night-sky.html
22. Star Photography
Penggunaan tripod menjadi keutamaan untuk mendapatkan gambar bintang yang baik dan kamera yang diset dengan manual. Beberapa peralatan lainnya yang dapat digunakan diantara lain adalah lense yang lebar, timer untuk kamera, dan jenis kamera adalah full-frame. Gambar bintang lebih baik dilakukan dengan pengaturan yang sangat terancang. Perkara yang diutamakan semasa mengambil gambar bintang adalah gerakan bulan, cuaca, dan posisi gambar. Cara melakukannya adalah setkan lense kamera menjadi selebar mungkin tetapi tetap fokus.
http://www.stroytrans.net/wp-content/uploads/2016/05/Street-Photography.jpg
23. Street Photography
Teknik street photography adalah teknik asas fotografi yang menggambarkan kejadian seharian yang sentiasa terjadi. Bukan hanya dilakukan di jalanan, tetapi boleh dilakukan di tempat publik yang lain, untuk memperhatikan kegiatan manusia. Hasil lebih baik akan dapat diambil apabila dilakukan secara candid (tidak diketahui oleh yang diambil gambar). Teknik gambar ini juga memerlukan masa, emosi, dan komposisi untuk ditampilkan dalam gambar.
https://fstoppers.com/originals/11-easy-ways-improve-your-sports-photography-109759
24. Sports Photography
Fotografi ini diambil pada semasa sukan olahraga atau semasa melakukan aktiviti dengan dinamik yang cukup tinggi. Penggunaan ISO tinggi dan posisi kamera menjadi kunci utama dalam mendapatkan gambar yang bagus. teknik ini lebih baik jika dilakukan masa-masa tertentu yang  penting kerana ekspresi manusia dan emosinya akan berubah. Alat lain yang diperlukan adalah lense zoom yang cukup besar dan tripod karena olahraga selalunya diadakan di kawasan yang luas.
https://www.pinterest.com/explore/flash-photography/
25. Flash Photography
Penggunaan flash tidak hanya sekadar untuk membantu pencahayaan saja, tapi ada tekniknya tersendiri. Flash dapat memberikan fokus kepada objek yang diinginkan, memberikan intensiti cahaya yang diperlukan pada titik-titik tertentu, memaksimakan tekstur dari suatu benda. Selain itu, flash juga dapat memberikan warna yang berbeza jika diberikan filter warna didepan flash. Teknik flash ini dapat diaplikasikan terhadap jenis fotografi yang lain, dengan percubaan yang banyak.
Gambar-gambar field trip :KAMERA NIKON D3300

lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Exposure time: 1/200 sec.
ISO Speed : 400

lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Exposure time: 1/100 sec.
ISO Speed : 200
Teknik: Tumbuhan

lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Exposure time: 1/400 sec.
ISO Speed : 12800
Teknik : Binatang


lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh
Exposure time: 1/200 sec.
ISO Speed : 400
Teknik : Binatang


lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Exposure time: 1/250 sec.
ISO Speed : 800
Teknik : Landskap

lokasi : Taman Jepun, Ipoh
Exposure time: 1/100 sec.
ISO Speed : 200
Teknik : Berkumpulan
lokasi : Taman Jepun, Ipoh
Exposure time: 1/200 sec.
ISO Speed : 6400
Teknik : Potrait

lokasi : KeK Look Tong, Ipoh
Exposure time: 1/125 sec.
ISO Speed : 800
Teknik: Still life

lokasi : KeK Look Tong, Ipoh
Exposure time: 1/125 sec.
ISO Speed : 800
Teknik: Still Life

lokasi : KeK Look Tong, Ipoh
Exposure time: 1/125 sec.
ISO Speed : 800
Teknik: Still Life

lokasi : KeK Look Tong, Ipoh
Exposure time: 1/100 sec.
ISO Speed : 1600
Teknik: Landskap









Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi
https://ilmuseni.com/seni-rupa/fotografi/teknik-dasar-fotografi
http://www.idseducation.com/articles/mengenal-teknik-fotografi-profesional/

KOMIK

KOMIK Komik  adalah sejenis seni visual  yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita. Komik juga merupakan ...