Wednesday 29 November 2017

GEOMETRI DALAM SENI ARABESQUE



MOTIF GEOMETRI ISLAMIK
Motif geometri islamik dikatakan bermula dengan bentuk bulat lambang perpaduan dan kepelbagaian. reka bentuk islamik cukup sinonim dengan corak geometri dan ia diterapkan dalam reka bentuk kesenian sejak berabad lamanya. 

MOTIF GEOMETRI
  • Islamik sering dikaitkan dengan kombinasi dan pengulangan bentuk bulat dan empat segi. hasil pengulangan bentuk berkenaan seterusnya mewujudkan kesan tindihan dan jalinan yang kemudian mencipta corak yang lebih kompleks dan rumit.
  • Bentuk bintang dengan lapan bucu umpamanya sering dilihat pada corak jubin. ia hasil gabungan dua segi empat sama yang diletak bertindih dengan salah satu dioutar 45 darjah dari bentuk satu lagi. 
  • Kebanyakan motif geometri Islamik dikatakan bermula dengan bentuk bulat yang melambangkan perpaduan dan kepelbagaian. Selain itu, bentuk asas lain yang sering dilihat dalam geometri Islamik ialah poligon, pentagon dan oktagon. Bentuk berkenaan juga boleh digabung dan diproses semula untuk mencipta corak rumit dengan pelbagai simetri termasuk putaran dan pantulan. 
  • Penghasilan bentuk seumpama itu dipercayai kesan algoritma dan secara tidak lansung corak geometri Islamik dikatakan sebagai pelopos seni algoritma moden. Kerumitan dan kepelbagaian motif geometri Islamik berevolusi daripada bintang ringkas (5 bucu) dan bentuk permata yang bermula sejak abad kesembilan. Pada abad ke-13 pula, muncul variasi bintang 6 hingga 13 bucu dan ia terus berkembang kepada bentuk bintang 14 hingga 16 bucu menjelang abad ke-16. Negara Barat juga sudah mula menunjukkan minat dalam corak geometri Islamik pada abad ke-20. 
  • Corak geometri Islamik boleh dilihat dalam pelbagai pembuatan kerja seni termasuk seni bina seperti permaidani, jubin, seramik, barangan kulit dan masjid. 

contoh bentuk geometri islamik yang saya sudah hasilkan menggunakan perisian adobe illlustrator. motif yang sama tetapi hanya menggunakan kajian warna yang berbeza.
 




rujukan:

No comments:

Post a Comment

KOMIK

KOMIK Komik  adalah sejenis seni visual  yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita. Komik juga merupakan ...