APA ITU REKA BENTUK GRAFIK?
Grafik (berasal dari perkataan Greek )merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas dan papan. contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa, graf, typography, nombar, simbol, reka bentuk geometrik, peta, lukisan kejuruteraan dan banyak lagi. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wijud dalam dunia sebenar.
Grafik komputer (Computer graphics) adalah ilmu komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk sederhana dari grafik komputer adalah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan gambar (image processing),dan pengenalan pola (pattern recognition). Grafik komputer sering dikenal juga dengan istilah visualisasi data.
2. Grafik komputer merupakan penghasilan grafik menggunakan bantuan perkakasan dan perisian perisian tertentu dari komputer bagi menggantikan alat dan bahan penghasilan imej konvensional seperti pen, berus dan warna.
3. Keperluan peralatan: CPU ( memproses kerja ), monitor (papar visual), perakan DVD/cakera padat, cakera DVD/CD atau flash/thumb drive ( untuk simpan data ), pengimbas, kamera digital, pencetak.
4. Skop Perisian grafik: Program persembahan, Program lukisan dan catan, Program penyuntingan foto, dan Program penerbitan (Desktop Publishing)
JENIS-JENIS REKA BENTUK GRAFIK
Reka bentuk pembungkusan yang berfungsi untuk memelihara dan memberi maklumat barangan dan mempromosi jualan.
Reka bentuk iklan seperti poster, risalah dan papan iklan berfungsi untuk mempromosikan barangan, memberi peringatan dan ketakterbacaan.
Reka bentuk korporat seperti logo, kad nama, sampul surat, sticker kereta, kalender dan banyak lagi berfungsi dalam perdagangan dan korporat.
Reka bentuk penerbitan umum seperti buku, kulit majalah dan stem berfungsi sbagai pemberi maklumat dan mempromosikan barangan.
FUNGSI REKA BENTUK GRAFIK
- lebih menarik- dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek.
- mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti "mudah terbakar", "merbahaya" dan lain-lain lagi.
- membantu meningkatkan daya ingatan.
- maklumat dapat disampaikan dengan teratur mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
- dapat mewakili dakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. sebagai contoh penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
- melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
PENDIDIKAN SENI DAN REKA BENTUK GRAFIK
Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan pada masa ini bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. kebanyakan artis juga berkarya menggunakan aplikasi multimedia pada masa ini. bagi saya seni dan grafik ini mempunyai hubungkait di mana kita boleh berkarya di mana-mana sahaja walaupun hanya menggunakan laptop ataupun smartphone kita. ia sebenarnya bergantung kepada minat seseorang samaada dia lebih minat untuk menghasilkan karya menggunakan media-media seperti cat minyak dan sebagainya ataupun sebaliknya. namun tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan aplikasi multimedia untuk menghasilkan karya lebih diminati oleh artis pada zaman moden ini terutamanya bagi artis pelukis komik kerana ia dapat memudahkan kerja artis tersebut dari segi kos dan masa. namun begitu nilai sesuatu seni itu tidak akan pernah hilang walau apa pun cara yang kita gunakan untuk menyampaikannya kepada dunia kerana seni itu unik.