Sunday, 8 October 2017

POSTER

Hello semua, apa khabar? hari ini saya mahu berkongsi kepada anda sedikit sebanyak mengenai poster memandangkan poster ini sangat terkenal so mari kita belajar bersama-sama mengenai poster 🙌

Apa itu Poster?

Poster adalah media publik yang terdiri daripada tulisan, gambar ataupun kombinasi antara kedua-duanya dengan tujuan memberikan informasi kepada khalayak ramai. Poster biasanya dipasang ditempat-tempat umum yang strategik seperti sekolah, bandaraya, pasar, tempat membeli-belah dan tempat-tempat keramaian lainnya. Informasi yang ada pada poster umumnya bersifat mengajak masyarakat.
Menurut wikipedia, pengertian poster adalah sebuah karya seni grafik yang dibuat dengan gabungan antara huruf dan nombor diatas kertas yang berukuran besar. Poster ini biasanya ditampal di dinding atau pada permukaan yang sesuai ditempat-tempat umum yang ramai agar maklumat yang ada didalam poster tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat.

Ciri-ciri dan Syarat penghasilan Poster

Berikut ini adalah ciri – ciri sebuah poster:
  •  reka bentuk dari poster perlulah mempunyai komposisi yang terdiri daripada huruf dan gambar di atas media kertas atau kain yang berukuran besar.
  • Cara pengaplikasiannya ialah dengan cara menampal poster tersebut pada dinding, tempat umum atau permukaan rata yang lain supaya dapat menarik perhatian orang ramai.
  • Poster pada umumnya dihasilkan menggunakan warna yang terang dan kontra.
  • Poster lazimnya menggunakan bahasa yang singkat, jelas serta tidak bercelaru agar mudah difahami.
  • Mesej yang ingin disampaikan sebaiknya disertai dengan gambar.
  • Muda dibaca.
 Syarat sebuah poster adalah:
  • Poster wajib menggunakan bahasa yang mudah difahami.
  • Susunan maklumat pada poster perlula singkat, padat, jelas, tetapi mempunyai isi yang jelas.
  • Poster sebaiknya digabungkan dengan gambar.
  • Poster perlulah dapat menarik minat khalayak.
  • Media poster harus mebggunakan bahan yang tidak mudah rosak.
  • poster sebaiknya disesuaikan dengan tempat/lokasi pemasangan serta mengambil kira target pembaca.
Sementara itu, hal-hal yang perlu diperhatikan dalam membuat poster adalah:
  • Gambar dibuat perlulah sesuai dengan idea yang ingin disampaikan.
  • Kata-kata yang digunakan dalam poster harus efektif, sugestif, serta mudah diingat.
  • Jenis font sebaiknya adalah jenis yang mudah dibaca dan dengan size yang besar.

Tujuan Poster Dihasilkan

setiap poster yang dihasilkan memiliki maksud dan tujuan yang tersendiri. Secara umum tujuan poster dihasilkan adalah sebagai media umum untuk tatapan masyarakat agar mereka membacanya dan melakukan sesuatu yang sesuai dengan apa yang ingin disampaikan oleh poster tersebut. Tetapi secara khusus maksud dan tujuan poster dihasilkan adalah tergantung dengan apa yang ingin disampaikan oleh pembuatnya yang mana samaada tujuan komersil, mendapatkan simpati, mencari perhatian masyarakat, dan sebagainya.


Jenis-Jenis Poster

a)Berdasarkan isi poster

1. Poster Perniagaan ( Business Poster) adalah poster yang dibuat untuk media komunikasi dalam urusan perniagaan untuk mempromosikan sesuatu barangan.


2. Poster Kegiatan adalah poster yang berisi suatu kegiatan, seperti kegiatan kesihatan, bersenam, dll.
3. Poster Pendidikan adalah poster yang bertujuan untuk menyalurkan pendidikan dan pengetahuan.
4. Poster Layanan Masyarakat adalah poster untuk pelayanan kesihatan yang berhubungan dengan kesejahteraan masyarakat.


b)Berdasarkan tujuan poster

1. Poster Propaganda adalah poster yang bertujuan untuk mengembalikan semangat pembaca atas perjuangan atau usaha seseorang dalam melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat bagi kehidupan.
2. Poster berkempen adalah poster yang bertujuan untuk mencari simpati dari masyarakat semasa pemilihan raya dilakukan.
3. Poster 'Dicari' atau "Wanted“ adalah poster yang bertujuan yang untuk mencari orang yang hilang atau sesuatu syarikat yang memerlukan pekerja.
4. Poster "Cheescake“adalah poster yang bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat, seperti bintang rock, artis, penyanyi, dll.
5. Poster Filem adalah poster yang dibuat dengan tujuan untuk mempromosikan sesuatu filem yang diproduksi dalam industri perfileman.
6. Poster Komik adalah poster yang digunakan untuk mempromosikan buku-buku komik.
7. Poster Afirmasi adalah poster untuk memotivasi pembacanya, biasanya tentang kepemimpinan, dll.
8. Poster Penyelidikan adalah poster untuk mempromosikan berbagai-bagai jenis kegiatan penyelidikan.
9. Poster Kelas adalah poster yang dilekatkan didalam kelas pelajar yang bertujuan untuk memotivasi pelajar, ataupun tata tertib kelas.
10. Poster Komersial adalah poster yang hampir sama dengan Poster perniagaan iaitu yang bertujuan untuk mempromosikan sesuatu.






Perkara Penting Sebelum Membuat Poster 


1. Tentukan Topik & Tujuan

Pertama, Anda harus menentukan apa yang ingin anda sampaikan dalam poster tersebut, adakah tentang produk kecantikan, kegiatan sosial, atau sebuah filem animasi dan sebagainya.

Kemudian, tentukan pula alasan anda membuat poster tersebut. Anda membuatnya untuk promosi? atau hanya sekedar sosialisasi. Tentunya, poster-poster promosi lebih memerlukan penggunaan gambar, kata-kata, dan perletakan berbanding dengan poster mengenai sosialisasi. 

2. Ayat yang Singkat 

Poster biasanya dibaca secara sekilas pandang oleh pengunjung, maka ayat yang digunakan perlulah singkat tapi bermakna agar maklumat yang ingin disampaikan  jelas dan mudah difahami.

3. Gunakan Gambar

Gambar merupakan media penyampai maklumat yang paling menarik. sebab itulah banyak poster yang menggunakan gambar dengan saiz yang jauh lebih besar dibandingkan dengan tulisan.

Gambar dengan warna-warna yang menarik adalah sangat penting untuk menarik minat pengunjung untuk membaca poster anda. 

4. Pemilihan Lokasi perletakan Poster

Pemilihan lokasi untuk meletakkan poster juga sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada pengunjung dapat melihat poster tersebut atau pun tidak. oleh itu pilih la tempat yang sesuai dan strategik berdasarkan poster apa yang dihasilkan agar ia mudah untuk dibaca.


POSTER SAYA
ini adalah contoh poster yang saya hasilkan menggunakan perisian adobe photoshop dan juga adobe illustrator. adobe photoshop saya gunakan untuk edit gambar-gambar dan tulisan manakala adobe illustrator saya gunakan untuk membuat design dan seterusnya save poster menggunakan adobe illustrator agar gambar-gambar yang mempunyai resolution yang kecil tidak pecah.


terima kasih











RUJUKAN:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Poster
http://www.artikelmateri.com/2016/03/poster-adalah-pengertian-ciri-tujuan-jenis-macam-membuat-gambar.html

No comments:

Post a Comment

KOMIK

KOMIK Komik  adalah sejenis seni visual  yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita. Komik juga merupakan ...